Sunday 31 July 2016

Rakaman Sekitar Karnival Koperasi SMK Pendeta Za'ba Berhad

Tahun ini berbekalkan telefon Samsung J5 saya, saya telah pusing2 sekitar karnival pada tahun ini. Tatapi beberapa rakaman yang sempat diambil.

AJK Kupon membuat jualah kupon di pondok pengawal keselamatan.

 Murid-murid PPKI sedang menguji lari permainan Play Station 2.

 Kesibukan memasak di dapur PPKI.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Puan Pengetua belum habis ucapan, permainan Play Station terpaksa tutup lebih awal kerana rosak.
 
 Gerai-gerai sedang sibuk membuat persediaan.

 Masih awal jadi memang belum ramai pengunjung.

 Tetamu-tetamu di khemah VIP.

 Menunggu perniagaan bermula.

Puan Pengetua memotong reben melepaskan belon perasmian karnival.
 
 Puan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada wakil daripada Bank Rakyat.

 Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang.

 Booth refleksologi dikunjungi Puan Faridah (kiri) dan Puan Rose Aida.

 Wakil daripada Bank Rakyat menyampaikan ucapan.

 Gerai Pentadbir menjual air.

Gerai PPKI menjual nasi bajet, keropok, sosej.
 
 Gerai Kelab Einstein menjual nasi goreng dan teh herba.

 Ayam-ayam mereka digoreng dan dimakan panas-panas.

 Cameraman turut mempromosi sosej jualan PPKI.

 Puan Pengetua menikmati jamuan di meja VIP.

 Tuan Haji Roslan, GPK HEM SMKPZ sedang menjual air oren.

Pertandingan mewarna sedang berlangsung di Dewan Seri Pendeta.
 
 Apa la, meniaga sikit sangat kambing bakar. Pagi-pagi lagi nak order dah abih.

 Wakil KPDNKK menyampaikan hadiah kepada pengunjung karnival yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat.

 Cikgu Shahrizal mengacarakan majlis.

 Cikgu Najib dan rakan-rakan mengendalikan booth karaoke.

Cikgu Mohd Abdullah (kiri) sedang memilih buku untuk dibeli.
 
 Gerai PPKI sangat laris hari ini.

Booth kosmetik sedang membuat demostrasi make up.

 Sedang karaoke dengan khusyuk.

 Kopi ais laris panas-panas ni.

 Membonceng motorsikal besar antara booth terlaris PIBG SMKPZ.

 Cikgu Karim menunjukkan tanda terbaik untuk teh tarik RM1nya.

 Cikgu Mahana sedang membungkus rojak buah.

Tayangan filem sedang berlangsung. Yang ini memang ramai penontonnya.
 
 Sesi penyampaian hadiah sedang berlangsung.

 Cikgu Norli (kanan) dan rakan-rakan menjual kupon.

 Usaha tangga kejayaan. Anak Puan Hasmah memenangi basikal kerana menjual kupon terbanyak untuk karnival tahun ini.

Yang ini kalau tak salah adalah pemenang penjual kupon terbanyak bagi kategori pelajar lelaki.

No comments:

Post a Comment